Thursday, 8 March 2012

Adil itu lebih dekat dengan takwa


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
  O ye who believe! Be steadfast witnesses for Allah in equity, and let not hatred of any people seduce you that ye deal not justly. Deal justly, that is nearer

Pernahkah anda berada di dalam situasi, di mana anda di berikan tanggungjawab untuk menilai tindakan pekerja. Mungkin tidak menjadi masalah jikalau kita hanyalah pelawat dan diminta untuk menilai jabatan atau oraganisasi lain. Tapi bagaimana pula jika pekerja-pekerja yang dinilai itu merupakan rakan-rakan kita di luar waktu pekerjaan.

Dalam sebuah organisasi besar, kumpulan-kumpulan kecil akan diwujudkan. Kumpulan-kumpulan secara tidak langsung mengehadkan interaksi antara ahli-ahli sebuah organisasi. Hubungan ahli dalam kumpulan pula akan menjadi lebih rapat dan interaksi pula bertambah kerap.

Kebiasaannya perhubungan di tempat kerja akan di bawa keluar waktu kerja. Makan tengahari, bersukan dan aktiviti-aktiviti luar adalah sesuatu yang perlu untuk mewujudkan persefahaman antara ahli kumpulan. Rentetan dari itu hubungan lebih dari sekadar rakan sekerja adalah lumrah.



Di luar kawan, di dalam pekerja


Kesilapan dalam menakrifkan hubungan di dalam dan luar waktu kerja akan memberikan kesan yang negatif sama ada pada prestasi organisasi atau pun hubungan peribadi kita sebagai rakan di luar waktu kerja. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil untuk mengelakkan perkara tersebut :

Letakkan garis pemisah : Jelaskan apakah matlamat dan cara yang sepatutnya dilakukan oleh anda dan apa tanggungjawab pekerja. Terangkan apa yang anda harapkan dari mereka dan apa yang mereka boleh harapkan dari anda. Ini dapat mengelakkan dari salahtafsir terhadap persahabatan pekerja-majikan.

Jangan pilih bulu : Serapat mana pun anda di luar waktu kerja, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk menutup mata terhada kesalahan yang dilakukannya. Adili kesalahannya dengan saksama. Ini membantu anda mendapat penghormatan pada mata pekerja.

Konsisten dalam hukuman : Konsistensi anda akan membantu pekerja anda memahami gerak kerja serta menjangkakan apa yang anda harapkan dari mereka. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pekerja keliru dan tidak dapat memenuhi taraf yang dikehendaki.

Bancian oleh Yahoo! HotJobs menyatakan bahawa 43%  pekerja di Amerika memilih untuk berhenti kerja sekiranya mereka tidak menyukai  cara pengurusan supervisor mereka atau jika tidak diberi bimbingan selayaknya dalam kerja mereka. [1]

Rakan yang baik ialah pekerja yang baik

Rakan yang baik tidak akan menggunakan hubungan peribadi untuk menjadikan batu loncatan dalam kerjayanya. Dia akan menghormati posisi anda di dalam tempat kerja. General John J. Pershing pernah menyatakan ;

"In a social order where one member is oficially subordinate to another, the superior, if he is a gentleman, never thinks of it; and the subordinate, if he is a gentleman, never forgets it"

No comments:

Post a Comment

Cadangan dan kritikan dialu-alukan.