"Man, kau tanyakan pada kakak tu mana kedai buku." cadang Azmi.
"Okay, jap"
Selepas 5 minit.
"Dia kata apa?"
"Entah, katanya tak tahu, malas aku nak tanya lebih-lebih, dahlah masam je muka" rungut Azman.
"La, kan tu kerja dia, duduk di kaunter pertanyaan" ngomel Azmi kehairanan.

******
Situasi yang dialami oleh Azmi dan Azman itu bukan perkara yang asing. Dilayan endah tak endah. Jawapan yang diberikan sambil lewa.
Mungkin sebelum kejadian itu petugas terbabit baru dimarahi oleh atasannya,
atau mungkin sahaja dia mempunyai masalah peribadi di rumah,
atau terlalu letih hingga hilang rasa semangat untuk bekerja.
Namun adakah alasan ini cukup untuk mereka bermasam muka dan melakukan kerja separuh hati? Adakah alasan-alasan ini membenarkan mereka untuk memberikan layanan sedemikian rupa?
Amat mendukacitakan kemerosotan bahagian perkhidmatan pelanggan sehingga menyebabkan kebanyakan agensi-agensi kerajaan mewajibkan pemakaian button badge berwajah senyuman untuk mengingatkan petugas-petugas khidmat pelanggan untuk mengamalkan budaya senyuman
Duta syarikat
Petugas di bahagian khidmat pelanggan adalah duta bagi syarikat. Posisi ini sangat penting, kerana pencapaian dan perkhidmatan yang ditunjukkan oleh petugas perkhidmatan merupakan imej syarikat. Baik perkhidmatan yang disediakan maka baik jugalah imej syarikat di mata pelanggan.
Ini kerana kebanyakan urusan yang melibatkan pelanggan-pelanggan dalam rangka urusan harian kebanyakannya melibatkan petugas-petugas khidmat pelanggan. Pelanggan tidak akan berjumpa dengan pegawai atasan hanya untuk membayar bil air atau memperbaharui lesen dan sebagainya.
Isyarat penerimaan
Senyum adalah merupakan isyarat penerimaan. Isyarat kita bersedia untuk menerima soalan dan permintaan dari pelanggan. Isyarat bahawa kita akan memberikan yang terbaik untuk membantu pelanggan dalam permasalahan mereka.
Dengan itu pelanggan akan lebih mudah memahami, meskipun permasalahan atau permintaan mereka tidak dapat diselesaikan. Mereka dapat bertolak ansur dan menerima kekurangan dalam perkhidmatan yang disediakan.

Senyum itu sedekah
Sedekah tidak memerlukan kekayaan baru dapat dilaksanakan. Bahkan setiap kebajikan tu merupakan sedekah. Senyuman adalah antara sedekah yang paling mudah dan tidak melibatkan apa-apa kos. Sabda Rasulullah SAW ;
لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجه طلقJangan kamu memandang remeh terhadap sesuatu kebajikan walaupun dengan menemui saudaramu dengan muka yang manis. Riwayat Hakim dan Baihaqi
وتبسمك في وجه أخيك صدقة
Senyumanmu kepada saudaramu itu sedekah.
Inilah tugas yang merupakan lubuk untuk menghasilkan pahala. Cukup dengan senyuman akaun pahala akan bertambah-tambah. Hati makin senang dan hidup terasa diberkati. Pekerjaan juga akan berjalan dengan lancar.
Maka senyumlah nescaya dunia kembali tersenyum padamu.
No comments:
Post a Comment
Cadangan dan kritikan dialu-alukan.