Pertama kali Zakaria masuk bekerja di syarikat itu dia merasa kekok. Walaupun dia pernah melakukan praktikal ketika zaman belajarnya. Situasinya kini berbeza.
Di sinilah dia bakal membina kerjayanya. Di sinilah juga dia akan menimba pengalamannya yang sebenar. Zaman praktikalnya pasti berbeza kerana targetnya hanya jangka masa pendek. Sedangkan keberadaannya kali ini adalah untuk jangka masa panjang. First impression adalah sangat penting padanya.
Perasaan gemuruh
Rasa gemuruh pada hari pertama pekerjaan bukanlah perkara yang luar biasa. Lumrah manusia akan gementar pada kali pertama melakukan sesuatu. Fikiran mengenai pandangan, harapan dan jangkaan mereka yang di sekeliling, kerap kali menganggu kosentrasi.
Berjumpa dengan ramai rakan-rakan sekerja baru. Majikan baru, tempat dan suasana yang baru pastinya akan memberikan impak kepada penampilan kita. Minda akan cepat merakam dan memproses semua perkara-perkara baru ini dan memberi arahan apa yang patut dan tidak sepatutnya dilakukan.
Kerap kali terlalu banyak maklumat yang diproses menyebabkan kita tidak mampu mencerna keseluruhan maklumat yang telah diproses. Lantas menyebabkan ada rasa kurang dan risau mengenai apa yang dilakukan. Ketika ini semua yang dilakukan rasa ada yang tak kena.
Punca
Menurut Cutting dalam bukunya Mental Health Nursing: Principles and Practice Mosby, London. mengatakan bahawa dalam keadaan yang melibatkan orang dewasa, mereka yang merasa gemuruh bila berhadapan dengan khalayak. Tapi mereka risau akan pandangan negatif yang bakal diterima.
Gemuruh yang melampau boleh menyebabkan kepada rasa cemas dan panik. Ini dikenali sebagai sosial fobia. Secara ringkasnya sosial fobia boleh dibahagikan kepada dua ; umum dan khusus.
Umum : Individu takut akan penilaian terhadapnya justeru mengelakkan sebarang interaksi sosial.
Khusus : Terjadi pada keadaan-keadaan tertentu sahaja seperti public speaking.
Menghadapi situasi gemuruh dan tidak selesa
Jadi boleh disimpulkan bahawa gemuruh tersebut biasanya berlaku kerana risau pandangan negatif. Antara tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan rasa gemuruh adalah seperti berikut;
- Relaks dan santai : Jadikan pertemuan kali pertama suatu yang menyoronokkan. Nikmati perkenalan dan penambahan rakan yang ada.
- Bersangka baik : Ini merupakan satu poin yang amat penting. Kita perlu bersangka baik dengan setiap insan yang baru dikenali. InsyaALLAH, semuanya akan di permudahkan.
- Terima kekurangan diri : Setiap manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Ketahuilah, sekiranya kita melakukan kesilapan apa yang perlu dilakukan ialah meminta maaf dan memperbaikinya.
- Mereka juga seperti kita : Majikan dan rakan sekerja kita ialah manusia seperti kita juga. Mereka tidak sempurna, jadi terima baik buruk mereka dan kita juga akan mendapat layanan yang sama.
Mulakan hubungan yang baik
Selepas dapat mengatasi masalah gemuruh. Teruskan kepada fasa perkenalan dan berkerjasama. Ini pastinya lebih mudah tapi perlu mengambil masa yang panjang untuk membina rasa percaya dan persefahaman yang baik.
No comments:
Post a Comment
Cadangan dan kritikan dialu-alukan.