Nilai seorang lelaki itu dikira melalui sejauh mana dia berpegang dengan janjinya - Anon"Abah, janjilah nak bawa adik pergi taman petang esok, lepas abah kerja"
"Okay, abah bawa, tapi abah tak boleh janji"
"Ala, pergi taman je pun, takkan tak boleh janji..."
Janji.
Mudah dilafazkan, sukar dilaksanakan.
Terkadang, janji-janji yang diucapkan hanya untuk menyedapkan telinga pendengar. Bosan mendengar permintaan-permintaan pekerja, maka diberikan janji-janji manis. Sekadar untuk menenangkan keadaan sebentar.
Janji mengikut kemampuan
Risau dengan kemerosotan moral pekerja, majikan di syarikat X menjanjikan, bonus sebulan gaji walaupun syarikat sedang berhadapan dengan masalah yang serius. Setelah masa yang dinyatakan berlalu, ternyata syarikat X gagal memberikan bonus sebagaimana yang dijanjikan.
Akibat dari kegagalan itu, moral pekerja syarikat menjunam jatuh. Prestasi syarikat pun terjejas teruk. Kredibiliti majikan dan pihak atasan dipertikaikan. Kesudahannya, pekerja hilang rasa percaya terhadap majikan.
Janji merupakan senjata bermata dua. Jika digunakan dengan cermat, dapat menaikkan kedudukan kita di mata pekerja. Motivasi pekerja akan meningkat, produktiviti juga akan mendapat kesan yang positif. Sebaliknya jika tersalah guna, kredibiliti akan terjejas. Kata-kata akan dipandang remeh dan tiada yang mengambil pusing apa-apa kenyataan yang dikeluarkan.
Gula-gula janji
Para pengamal kesihatan sering menasihatkan agar kanak-kanak tidak diajar makan gula-gula. Kerana kesan buruk terhadap kesihatan terutamanya pada kesihatan gigi.
Janji juga seperti itu. Banyak berjanji akan memberi kesan yang negatif kepada si pejanji. Terlalu kerap berjanji akan menyebabkan kemungkinan untuk seseorang itu melanggar janjinya lebih tinggi. Rasulullah SAW berpesan mengenai perihal ini dalam sabdanya dari Ubadah bin Samit :
ضمنوا لي ستاً من أنفسكم أضمن لكم الجنة : اصدقوا إذا حدثتم ، و أوفوا إذا وعدتم ، وأدّوا إذا ائتمنتم ، و احفظوا فروجكم ، و غضوا أبصاركم ، و كفوا أيديك
Berikan jaminan padaku mengenai 6 perkara aku akan menjamin syurga bagimu ; bersikap benar apabila berkata-kata, tunaikan sekiranya berjanji, jaga amanah bila diamanahkan, jaga kemaluanmu, tundukkan pandangan (dari perkara haram) dan tahan tanganmu (dari menyakiti). Albani mengatakan hadith ini Hasan.
Allah menyebut dalam Al-quran mengenai janji dan menyatakan bahawa setiap janji-janji yang dibuat akan ditanyakan kelak di akhirat.
...and keep the covenant. Lo! of the covenant it will be asked. (17:34)
Kepercayaan
Hargai kepercayaan yang diberi. Jangan musnahkannya dengan janji-janji yang tidak mampu ditepati. Kepercayaan ibarat kaca, sekali pecah walaupun boleh dicantumkan, pasti kesan retak dan rekahan tampak jelas.
No comments:
Post a Comment
Cadangan dan kritikan dialu-alukan.