Friday, 9 March 2012

Berbuat baik pada rakan sekerja


Rakan sekerja merupakan satu entiti yang amat penting dalam kehidupan berkerjaya. Terutamanya jika anda akan berada di dalam organisasi itu untuk tempoh yang lama. Perjalanan kerjaya tentu akan lebih mudah dan lancar jika mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja. Sebaliknya jika hubungan tersebut renggang maka sulitlah perjalanannya.

Pepatah inggeris berbunyi "we need to give in order to receive"  yang memberi maksud bahawa untuk menerima sesuatu perkara, kita terlebih dahulu perlu memberi. Adalah satu perkara yang kurang tepat jika kita mengharapkan kehadiran rakan sekerja yang baik, tetapi kita sendiri tidak mahu menjadi yang terbaik kepada rakan-rakan kita.



Berbuat baik kepada rakan sekerja

وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا
And serve Allah. Ascribe no thing as partner unto Him. (Show) kindness unto parents, and unto near kindred, and orphans, and the needy, and unto the neighbour who is of kin (unto you) and the neighbour who is not of kin, and the fellow-traveller and the wayfarer and (the slaves) whom your right hands possess. Lo! Allah loveth not such as are proud and boastful, (4:36) 

Sungguh rakan sekerja kita seperti rakan yang bersama-sama dengan kita dalam satu pengembaraan. Banyak hak-hak yang perlu ditunaikan antaranya ialah membantunya dalam kesusahan, menasihatinya, menutup aibnya, menyimpan rahsia dan menerima keuzurannya.

Islam sangat menjaga kerukunan perhubungan antara manusia, kerana itu islam menetapkan asas dalam hidup berorganisasi. Menurut wiki.answer purata manusia bekerja dari umur 18-65, 8 jam setiap hari 5 hari seminggu(sumber). Bermakna, jika kita tetap berada di dalam syarikat itu sehingga pencen, kemungkinan kita bekerja dengan orang yang sama adalah sangat tinggi. Bayangkan sekiranya hubungan antara kita dan mereka tidak mesra, pastinya tugas yang mudah akan terasa susah.

Tidak semua kebaikan dibalas semisal


"Apalah masalah Fatimah ni, asyik cari masalah je dengan aku, padahal aku dah cuba buat baik dengan dia". Dari masa ke semasa, sukar untuk mengelakkan dari terserempak dengan individu seperti ini. Ada sahaja yang tidak kena. Mungkin masalah sebenarnya bukan dari kita ; datang dari sebab yang lain, tapi mudah saja dia melampiaskan kemarahannya kepada kita. Ya, segalanya mungkin...

Namun jangan sesekali kita merasa letih melakukan kebaikan. Nabi bersabda ;

"صِلْ مَنْ قَطَعَكَ وَأَعْطِ مَنْ حَرَمَكَ وَأَعْرِضْ عَمَّنْ ظَلَمَكَ "
"Sambunglah orang yang memutuskan (hubungan dengan)mu, berilah kepada orang yang tidak memberi kepadamu, dan berpalinglah dari orang yang berbuat zalim kepadamu"  (HR Ahmad)



Seorang pendakwah bebas pernah berkata : Usaha kita berdakwah di siang hari ini hanya menyumbangkan 10% dari keberjayaan dakwah kita, tetapi 90% yang baki ialah di malam hari. Kita perlu berdoa dengan menyebut nama-nama orang yang yang kita dakwah tersebut agar ALLAH melembutkan hati-hati mereka.


No comments:

Post a Comment

Cadangan dan kritikan dialu-alukan.