Dawama Workers Association president Zainal Awit said he received the notice last Thursday informing worker they will have to take leave without pay indefinitely until the dispute is settled.
“We do not know when the dispute will be resolved, when we can go back to work,” he told The Malaysian Insider.“Until when? The month of Ramadan is slated to start tomorrow or the day after, followed by Hari Raya Aidilfitri.” Sumber
Tiada apa yang lebih membebankan seperti rahsia - Pepatah Perancis
Tiada angin pun pokok bergoyang
"Joe, kau tau tak yang syarikat kita ni nak bankrap"
"Mana kau dapat berita ni, Zack?"
"Aku taulah, tengoklah gaji kita mesti lambat dapat. Nak bankraplah tu. Takde angin pokok tak goyang beb"
****
Pokok goyang tak semestinya kerana angin. Tupai hinggap pun boleh buat pokok bergoyang...
Dalam syarikat-syarikat kecil, situasi seperti ini memang biasa berlaku. Bahkan syarikat-syarikat berhad dan sendirian berhad juga tidak terkecuali.Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah-masalah ini timbul. Majikan atau ketua yang baik akan sentiasa memaklumkan pekerja-pekerja akan masalah yang dihadapi.
Pelanggan lambat membuat pembayaran. Masalah kecairan aset. Modal dirolling kerana projek yang dikehendaki memerlukan tindakan cepat. Kesilapan teknikal di bahagian sumber manusia juga kadang-kadang menyumbang pada kelewatan tersebut. Justeru kelewatan gaji samasekali tidak bermakna syarikat akan bankrap!
Menyembunyikan masalah hanya akan menyebabkan lebih banyak khabar angin yang tidak tepat berlegar. Jika tidak ditangani dengan baik, akan memberi kesan kepada moral pekerja. Seperti contoh di atas, apabila tahu syarikat akan muflis, adakah pekerja akan bersemangat bekerja dan meningkatkan produktivitinya? Pastinya yang berlaku adalah sebaliknya. Kerana mereka menjangkakan usaha di akhir-akhir usaha syarikat tidak akan memberikan apa-apa pulangan kepada mereka.
Berterusan dibiarkan dalam gelap juga akan membuatkan pekerja-pekerja mula mempercayai kebenaran khabar angin tersebut. Apabila sesuatu yang dikatakan itu benar-benar terjadi contohnya kelewatan pembayara gaji ; maka khabar angin tersebut terus dijadikan sumber yang mempunyai kredibiliti.
Mereka berhak tahu
Sekiranya terdapat masalah yang berkaitan dengan mereka, maklumkan pada mereka. Dengan ini kita memberikan mereka peluang untuk memilih. Idea, pandangan dan pendapat yang dikemukakan dalam saat ini perlu diambil kira.
Tindakan berbincang dengan mereka dan memberikan pekerja taklimat dapat mengelakkan khabar angin yang tidak tepat. Ini membuatkan mereka rasa dihargai seterusnya akan menaikkan moral dan produktiviti mereka.
Amaran dari Nabi SAW
Nabi bersabda : 3 golongan manusia aku akan mendakwa mereka di hari kiamat ; Orang yang memberikan janji kepadaku kemudian mengkhianatinya, orang yang menjual seseorang yang merdeka kemudian makan dari hasil jualannya itu dan orang yang mengupah sesorang kemudian bila dituntut tidak menunaikan tuntutan itu.ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة رجل أعطى بي ثم غدر ورجل باع حرا فأكل ثمنه ورجل استأجر أجيرا فاستوفى منه العمل ولم يوفه أجره - رواه البخاري
Dalam hadith yang lain nabi menyuruh para majikan agar membayar gaji sebaik sahaja tugas yang dijanjikan telah ditunaikan.
أعطوا الأجير أجره قبل أن يجف عرقه - رواه أبو يعلى
"Berikan kepada pekerja upahnya sebelum peluhnya kering"
No comments:
Post a Comment
Cadangan dan kritikan dialu-alukan.